Tuesday 19 June 2012

Terbalik lagi...



Tulis terbalik. Persoalan yang banyak sekali diajukan. Bagaimanakah kita mengatasinya? Selalunya saya sentiasa memperingatkan pelajar saya supaya ubah sudut pandangan kita. Anggaplah kita berada di dalam situasi mereka. Fokuskan objektif yang hendak dicapai. Berfikir secara murid berfikir. Pandukan fikiran kita itu dengan ilmu yang dipelajari (ilmu-ilmu pendidikan). Kemudian amati apa yang hendak mereka capai. Barulah kita boleh tumpukan cara mengatasinya.


Hasil yang saya perolehi daripada pengalaman lalu, saya telah menggunapakai kaedah "Gantungan Huruf". Mula-mula saya akan kenal pasti huruf yang bermasalah (huruf terbalik). Kemudian saya akan menggunting kertas tebal (kertas kotak) mengikut bentuk huruf yang bermasalah dan mewarnakan huruf tersebut pada sebelah muka sahaja. Tinggalkan yang sebelah satu lagi (yang terbalik) dengan tidak berwarna. Selepas itu gantungkan dan letakkan di atas meja kanak-kanak yang bermasalah itu.


Kanak-kanak itu akan bermain-main dengan huruf yang tergantung itu dan kita perlu menegaskan bahawa muka yang tidak berwarna itu adalah terbalik. Manakala muka huruf yang berwarna adalah terbalik atau bentuk huruf yang betul. Sama-samalah kita mencuba....

25 comments:

adah abdullah said...

ank sdare sy ade yg tbalik huruf ni.. b n d..sy try guna kaedah yg penah blajar tp x jd pun.mgkin die budok lg..ke ade idea lain???cr encik ni da diuji kt budak ke??
encik,tlg tgk UD yg sy wt tu,k

Double A said...

kaedah hok tekap huruf n cermin xjadi jgk ko? encik, cara nie brkesan ea?

adah abdullah said...

cekak tekap doh dira..ank sdara sy x jd pum..frust sy..tingat ko projek inovasi kito tuh..hihi

Double A said...

hhihi..patut la kaloh..siap ada lecturer nk beli hok 2..kuang3..klu kito oyak huruf b = perut alik kiri, huruf d = perut alik kanan guano ea?

adah abdullah said...

budok kiri kanan pum tukar lagi..hahahahaha..sy bru pasan, sy kalu ngajar, sekerat jalan jah,pahtu jd x dop mud..x taw bkpo..x downgred ke thp pemikiran budok kot..

Double A said...

hahaha..berat nanang..msa prktikum hr 2 pun, ada bdk sy mslh gini..tp hok lagi teruk, 1bulan 2 duk ngajar b+u=bu..xcekak reti nk sebut..suko2 dio jah nk sebut gappo..du la..vu la..

ilham husna jamaluddin said...

saadah..cuba suruh dy tgk pokok..batang dkt bwh ke daun dkt atas?

Adira said...

apa nie ilham husna?

adah abdullah said...

dira..hok lagu tu sy frust tu..pahtu ado sorg budok dulu tu teliur duk tgk hp sy,sy kate kt dio x yh teliur nok guna hp la klu x leh baca gak..kononnya nk v motivasilah..
am..x fhm cara mu tu..gano??

Double A said...

hahaha..lawak la adah nie..tliur nok main game fruit slice 2..hmmm..am, cer tere cket..

adah abdullah said...

saya rasa nk try lah cara encik ni..mcm menarik..

ilham husna jamaluddin said...

pegang kepala dy,,suruh dy tgk pokok..tanya dy..dy nmpk daun di bawah ke di atas?batang pokok di atas ke di bawah..ni cdngan sorang cikgu yg ngajar spesifik disleksia..

adah abdullah said...

x faham lagi..pastu apa kaitan batang pokok ngan daun tu am??apa kaitan dengan bentuk huruf b dan d?

Double A said...

batang kat bawah, daun kat atas..jadi?

zulkepli said...

'Penggunaan Gambar lebih baik daripada seribu perkataan'. Penggunaan cara ini akan mempercepatkan lagi penguasaan pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran.

Zulkepli bin Mohammad
028648
Kum : E

Ahmad bin Ibrahim said...

adah abdullah: Pertama sekali kita kena sabar. Lepas tu cuba kita bayangkan kita berada ditempat dia (pelajar). Barulah kita akan rasa sesuatu dari dalam diri kita.... Cuba guna kaedah yang saya tunjukkan ini. Gantungkan didepan dia huruf b atau/dan d. Gunakan kertas kotak yang tebal. Warnakan huruf yang telah di "erong" (dibentuk) pada permukaan yg tdk terbalik sahaja. Yang sebelah lagi jangan diwarnakan. Setiap kali dia nak tulis huruf b atau d, dia akan perbetulkan kedudukan huruf berkenaan dgn kedudukan yg betul(permukaan yg ada warna mengadap ke depan). Lama kelamaan insyaAllah akan menjadi. Kena sabarlah sikit....

Double A: InsyaAllah apa-apa kaedah punnsekiranya kita tekun, sabar, ikhlas dan istiqomah serta diselangi dgn doa dan sembahyang istiqoroh...insyaAllah menjadi.

ilham husna jamaluddin: Baik juga idea ni. Boleh cuba tu...Tetapi kena sabar dan buatlah secara tekun dan bersungguh-sungguh.

Adira: Kaedah ilham husna tu memang bagus dan menarik kalau kita lakukan dengan betul. Cuba belajar dgn dia bagaimana langkah2 pengajaran dengan menggunakan kaedah ilham husna tu..

zulkepli: Betul tu. Gambar memainkan peranan penting dlm P&P. Tetapi dia hanya berkesan sekiranya kita pandai menggunakan atau mengolah gambar untuk sesuatu pengajaran. contoh kalau kita guna gambar emak utk mengajar v+kvk, kanak-kanak akan keliru kerana ada kanak2 yang panggil ibu ada yang panggil umi. Kena berhati-hati. Ada kaedah juga utk guna gambar ni...

Unknown said...

hehehehe..baik encik..ape2 pun,sy rasa semester ni baru betul2 belajar pemulihan sbb bnyk input daripada encik dalam kelas yang sangat berkaitan dengan pemulihan..paling x sabar,sy nak tahu pasal pembinaan ABM..teruja sgt dengan buku-buku yg encik cerita tu..

Rosmini said...

Assalamualaikum...
Murid-murid yang mengalami masalah dalam membezakan sesuatu huruf adalah murid yang mengalami masalah disleksia visual.Kanak-kanak tersebut mengalami kesukaran mengingat dan mengenal huruf . Ianya tidak ada kaitan dengan penglihatannya tetapi mempunyai kesukaran mentafsir dengan tepat apa yang di lihat.
Contoh huruf yang selalunya dilihat secara terbalik :
Huruf 'd' .....'b'
Huruf 'n' .....'u'
Huruf 'p' .....'q'
Bagi mengatasi masalah kanak disleksia tersebut boleh digunakan berbagai cara digunakan. Contohnya seperti yang diberikan diatas. ianya dikenal pasti sebagai satu kaeadah yang berkesan . Pasir juga boleh digunakan . Murid yang mengalami masalah disleksia akan diajar menulis huruf -huruf yang bermasalah tadi di atas pasir. Pemainan pasir ini akan dilakukan berulang kali sehinggalah murid tersebut dapat menguasai huruf yang menjadi kesukarannya.

Kesabaran dan keikhlasan yang lahir dari hati guru dalam mendidik anak-anak istimewa ini , insya-Allah akan membuahkan hasil yang mengembirakan akhirnya.

Rosmini bt.Ab.Majid
Kelas E

Double A said...
This comment has been removed by the author.
Double A said...

terima kasih encik..ilmu yg sgt berguna:) insyaAllah, praktikum nti saya applykan pd murid pemulihan..

Anonymous said...

Suhana Binti Alias
Satu info yang menarik,boleh di gunakan untuk menangani anak-anak yang bermasalah sedemikian.

Anonymous said...

Terima kasih di atas tip-tip yang diberikan oleh Encik Ahmad dalam mengajar anak2 istimewa ini.Insyaallah jika diberi peluang mengajar anak2 ini saya akan cuba petua2 dan tunjuk ajar yang diberikan oleh Encik Ahmad.Namun kesabaran adalah 'kunci'dalam menghadapi kerenah anak2 ini.Insyaallah ganjarannya hanya Allah sahaja yang tahu.Mereka adalah ahli2 syurga.

(Bibi Rozida Che Sarif)
028546
kumpulan E

Anonymous said...

Satu praktikal yang baik kerana telah menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid berkeperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Ini adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya dan berdikari.
Dengan keadaan ini mereka boleh menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu yang seimbang dan produktif.

Hasliza bt. Hamzah(028492)
Kumpulan E

zulkepli said...
This comment has been removed by the author.
zulkepli said...

Kanak-kanak yang tidak dapat membezakan huruf walau pun telah mengajarnya berkali-kali. Contohnya huruf 'b' dan 'd', huruf 'p' dan 'q', 'j' dan 'i' 'y' dan 'v'. Kanak-kanak boleh menyanyikan lagu 'A, B, C...' tetapi tidak dapat mengenal atau membezakan huruf yang mempunyai persamaan bentuk. Apabila mengenalpasti masalah kanak-kanak ini segera rujuk pakar kanak-kanak yang berkeperluan khas. Mungkin kanak-kanak itu termasuk dalam kategori ‘dylexia’ . Walaubagaimanapun Kita tidak boleh terus mengatakan kanak-kanak itu 'dylexia' kerana masalah sukar membezakan huruf. Pendidik awal kanak-kanak dapat mengetahui tanda 'dylexia' tetapi untuk mengatasi masalah tersebut perlu dirujuk kepada mereka yang pakar khusus untuk menangani 'dylexia'.

zulkepli mohammad
kump E