Wednesday, 13 June 2012

LABEL CACAT

Kita sebagai guru atau ibu bapa atau sesiapa sahaja jangan sekali-kali mengatakan atau melabelkan seseorang kanak-kanak yang kita rasa tidak sempurna atau ada kelainan sebagai kanak-kanak cacat atau terencat akal atau apa sahaja yang membawa maksud cacat. Orang yang berhak menentukan seseorang itu cacat atau tidak adalah doktor yang pakar di dalam bidang mereka.


Apabila kita ketemu kanak-kanak yang bercirikan kecacatan ini, hendaklah dipastikan dahulu adakah dia mempunyai rekod perubatan yang menyatakan mereka itu cacat. Sekiranya tiada, kita sebaiknya laporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Jabatan inilah yang akan bertanggung jawab sama ada hendak di bawa ke hospital atau tidak. Kita tidak ada hak untuk membawa mereka ke hospital selain daripada ibu bapa atau penjaga atau mendapat keizinan daripada meraka.

13 comments:

zulkepli said...

Pendidikan khas merupakan perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang disediakan untuk individu berkeperluan khas atau kurang upaya. Kategori individu kurang upaya yang perlu mengikuti program dan perkhidmatan pendidikan khas terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan mental (mental retardation), bermasalah pembelajaran (learning disabilities), gangguan emosi dan tingkah laku (emotional and behavioral disorder), gangguan komunikasi – pertuturan dan bahasa (communication – speech and language disorder), hilang pendengaran (hearing loss), hilang penglihatan atau darjah penglihatan yang rendah (blindnees or low vision), kecacatan fizikal (physical impairments) dan golongan pintar cerdas (giftedness).

zulkepli mohammad
028648
sem III PPG UNISZA

Anonymous said...

Assalamualaikum...
Bila kita bercakap mengenai Kanak-kanak berkeperluan Khas sering berlaku di sekolah yang mana ada ibu bapa yang tidak mahu menghantar anak mereka ke sekolah Pendidikan Khas walaupun mereka telah menemui pakar perubatan dan pakar telah mengesahkan bahawa anak mereka tergolong dalam golongan anak istimewa. Mereka sering memberi alasan sekolah khas jauh dari rumah mereka dan sebagainya. Ada juga yang malu menghantar anak mereka ke sekolah khas dan membiarkan anak mereka tinggal dirumah. Sebagai ibu bapa yang dipertanggungjawab oleh Allah kita hendaklah memberi layanan kepada mereka seperti anak-anak lain kerana mereka berhak mendapat pendidikan yang sempurna. Ibu bapa juga perlu peka kepada keperluan anak istimewa kerana sekiranya gagal berbuat demikian maka sudah pasti merekan akan rasa rendah diri serta berasa diri tidak dihargai. Anak istimewa adalah insan yang paling sensitif berbanding dengan anak lain.

Mohd Zaidy B Lemas
Kelas E

Anonymous said...

Anak 2 istimewa sekiranya masuk ke kelas biasa mereka mempunyai tahap yang berbeza, ada yang mampu mengikut pengajaran tetapi tahap perlahan, ada yang tidak boleh mengikuti langsung apa yang diajar. Biasanya jika murid tidak boleh belajar, guru akan lebih kepada sosial dahulu dan beri penekanan terhadap kemahiran fizikal seperti menulis, mewarna dan sebagainya. Oleh itu jangan memaksa mereka kerana ia akan lebih memberontak. Jangan letak harapan yg terlalu tinggi.
Mohd Zaidy
kelas e

Fauziah Ali, Kelas E (028483) said...

Kanak-kanak berkeperluan khas juga berhsk untuk mendapat pendidikan yang sama seperti kanak-kanak normal. Bidang akademik berfungsi mereka diajar dengan matapelajaran Bahasa melayu,matematik dan Bahasa Inggeris.Mereka juga diajar kemahiran bidang pengurusan kehidupan yang mana diajar kemahiran hidup, seperti berkebun, pertukangan, jahitan dan asas mendobi.

Fauziah Ali
kelas E

wanna said...

Kanak-kanak berpendidikan khas mempunyai masalah tertentu seperti masalah fizikal, masalah penglihatan, pendengaran, pertuturan, tingkah laku, masalah pendengaran, terencat akal dan pintar cerdas.

Kanak-kanak ini dikategorikan sebagai kanak-kanak berkeperluan khas. Kanak-kanak ini menunjukkan perkembangan yang berbeza daripada kanak-kanak biasa, misalnya keupayaan kognitif, fizikal yang terhad, kesukaran berinteraksi dan berkomunikasi.

SURYANA MAHMOOD -GROUP E

Rosmini said...

Assalamualaikum ...
Maklumat tentang Pendidikan khas perlu diketahui oleh semua lapisan masyarakat terutamanya para guru. Pengetahuan ini penting kerana ia dapat membantu guru mengenal pasti kanak-kanak yang mungkin menghadapi masalah pelajaran yang dapat dikaitkan dengan faktor-faktor tertentu.
Apabila murid berkeperluan khas ini dikenal pasti, sudah tentu mereka tidak lagi dilemparkan dengan pelbagai anggapan yang menyedihkan yang akan membawa kepada kesan yang mendalam pada kanak-kanak tersebut. Apabila keadaan ini berterusan sudah pasti kanak-kanak ini akan tertinggal makin jauh ke belakang dan di pinggirkan secara diam. Masalah ini makin bertambah dan merebak menjadi masalah yang lebih besar.
Sesungguhnya setiap masalah yang dihadapi ada jalan penyelesaiannya. Kelas pendidikan khas yang diwujudkan adalah bagi memenuhi keperluan pendidikan murid berkeperluan khas. Pendidikan ini adalah untuk membantu mereka supaya dapat berdikari dan dapat menguruskan hidup mereka sendiri.

Rosmini bt.Ab.Majid
Kelas E

Anonymous said...

Kanak-kanak khas ialah kanak-kanak yang telah dikenakpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami masalah yang menganggu proses pembelajaran. Ini kerana kanak-kanak khas ini berbeza dar kanak-kanak sederhana atau biasa
1) dalam ciri-ciri mentak
2) keupayaan-keupayaan deria
3) dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal
4) dalam tingkahlaku sosial atau emosi
5) dalam keupayaan komunikasi atau
6) dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas, supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum.

Anonymous said...

Kanak-kanak khas merupakan kanak-kanak yang telah dikenal pasti dan disahkan pleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami masalah yang menganggu proses pembelajaran.

Sesungguhnya kanak-kanak ini amat berbeza dari kanak-kanak biasa atau sederhana;

1) dalam ciri-ciri mental
2) keupayaan-keupayaan deria
3) dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal
4) dalam tingkahlaku sosial atau emosi
5) dalam keupayaan komunikasi atau
6) dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas, supaya ia boleh berkembang sehingga kemempuan yang maksimun.


Norzalinah Hj. Yusof
N0 Matrik : 028707
Kumpulan : E PPG Sem 3 Unisza

Anonymous said...

SELAMAT BERPUASA BUAT SEMUA.....

Setiap orang mempunyai impian dan cita-cita tersendiri. Jika diberi peluang pastinya mereka dapat meneroka dan memperkembangkan minat masing-masing. Dengan minat yang ada, sudah tentunya ia akan membuahkan hasil dan menampakkan kejayaan. Ini sudah pastinya meningkatkan motivasi dan kepercayaan diri dalam diri individu.

Mungkun ada sebahagiandaripada ibu bapa mempunyai impian untuk melihat anak-anak mereka menjadi pilot, doktor, peguan, menjawat jawatan yang tinggi. Persoalannya, apakah jawatan tersebut sesuai dengan kamampuan anak-anak mereka yang mempunyai sifat-sifat yang terbatas ? Namun begitu, kita seharusnya tidak berputus asa kerana meskipun mereka dilahirkan dengan keadaan tidak sempurna, mereka masih boleh mengecapi nikmat kehidupan dengan gembiranya. Apa yang penting, kepuasan dalam bidang yang diceburi mengikut minat dan kemempuan masing-masing.

Meskipun golongan istimewa mempunyai kebolehan yang terbatas, sebagai ibu bapa seharusnya memberi kepercayaan dan galakan kepada mereka dalam apa jua bidang yang mereka ceburi. Dengan pendidikan dan latihan yang sepatutnya, orang-orang istimewa mampu beroleh kejayaan. Sejarah telah membuktikan bahawa golongan istimewa juga mampu melakukan tugas seperti orang lain malah kadangkala lebih baik lagi.


Norzalinah Haji Yusof
No. matrik : 028707
Kumpulan : E PPG Unisza

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Saya nak tanya bagaimanakah boleh berlakunya kelahiran anak yang cacat selain baka dan ketentuan Allah?

Mohd Hassim b. Abdullah
No.matrik : 028654
Kumpulan : E PPG Unisza

Anonymous said...

Pendidikan khas bukan sahaja perlu diketahui oleh mereka yang terlibat bersama golongan dengan keperluan khas, malahan juga oleh setiap lapisan masyarakat, terutamanya para guru di sekolah. Ini penting bagi membantu para guru mengenal pasti kanak-kanak yang mungkin menghadapi masalah dalam pembelajaran yang dapat dikaitkan dengan faktor-faktor tertentu.

Suhana Alias
Kelas E PPG Unisza

Anonymous said...

Kanak-kanak pendidikan khas merupakan kanak-kanak istimewa yang telah dijanjikan oleh Allah untuk di tempatkan di syurga kerana keistimewaan dan kelainan upaya yang dimilikinya. Kebiasaannya ibu,guru atau masyarakat yang berdepan dengan karenah kanak-kanak ini seringkali berasa tidak selesa atau rimas dengan mereka kerana mereka seringkali menyusahkan ahli keluarga.

Suhana Alias
Kelas E PPG Unisza

Anonymous said...

Memang benar, pakar perubatan merupakan kumpulan profesional yang memainkan peranan penting dalam pelaksanaan pendidikan khas. Klasifikasi kanak-kanak berkeperluan khas dilakukan oleh ahli perubatan berasaskan ciri-ciri perubatan. Pengesahan sama ada kanak-kanak perlu belajar di sekolah biasa atau sekolah khas dilakukan oleh ahli perubatan.
Justeru itu apabila disahkan oleh doktor, guru pendidikan khas diberi tanggungjawab untuk pendidikan yang bersesuaian sebaik mungkin dengan mengambil kira kecacatan yang ada pada kanak-kanak berkeperluan khas.
Kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri yang boleh mengurus diri dan berkeupayaan boleh dididik seharusnya diterima untuk bersekolah sesuai dengan dasar pedemokrasian pendidikan dan pendidikan untuk semua.

Hasliza Bt. Hamzah(028492)
Kumpulan E