Thursday 7 June 2012

Handicap??? Disability??? Impairment??? Tolong sape sape terangkan dan apa kaitannya dengan Pendidikan Khas???

25 comments:

Ahmad bin Ibrahim said...

Tolong bincangkan....sama-sama kita boleh manfaat. Terima kasih

wanna said...
This comment has been removed by the author.
wanna said...
This comment has been removed by the author.
wanna said...

Handicap :orang-orang yg cacat jasmani.

Disability :kelumpuhan, ketidakupayaan, kecacatan.

Impairment : kekurangan, kelemahan

SURYANA MAHMOOD-GROUP E

zulkepli said...

Insan yang tidak sempurna anggota atau pancaindera adalah insan istimewa yang juga memerlukan perhatian dan pendidikan. Ini akan memastikan kehidupan mereka juga akan mendapat kebahagian sama ada di dunia atau akhirat.

Anonymous said...

Assalamualaikum,

1.Disability (kurang upaya )– Sesuatu yang menghalang seseorang melakukan kerja tertentu
yang dapat dilakukan oleh orang yang normal.
Contohnya seorang kanak-kanak yang lumpuh kedua kakinya tetapi boleh pergi ke
Sekolah dengan menggunakan kerusi roda dan belajar bersama pelajar lain yang tidak
cacat.
2. Handicap ( kecacatan ) –Sesuatu kelemahan yang ada pada seseorang akibat daripada
Sesuatu kekurangan yang menghalang dirinya bertindak sebagai seorang yang normal.
Contohnya seorang pelajar pekak tidak boleh menyertai kumpulan pancaragam sekolah
tetapi dapat belajar bersama dalam makmal komputer sekolah.

Sesungguhnya setiap kanak –kanak berhak mendapat pendidikan yang bersesuaian dengan kemampuannya. Oleh sebab itulah sekolah pendidikan khas ditubuhkan untuk murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran.Selain itu Program Pendidikan Khas Integrasi untuk murid bermasalah pembelajaran.

Rosmini bt.Ab.Majid
Kelas E

zulkepli said...

Handicap;
Adalah sesuatu kelemahan yang terdapat pada seseorang akibat daripada sesuatu kekurangan yang menghadkan atau menghalang dia memenuhi peranan sebagai seorang yang normal. Sesuatu jenis kecatatan mungkin menjadi masalah dalam satu persekitaran yang berlainan. Contohnya seorang pelajar pekak mungkin merasa cacat kerana sukar bermain alat muzik dalam pancaragam sekolah dengan kanak-kanak biasa. Sebaliknya kanak-kanak yang sama tidak merasa tercacat ketika dalam makmal sains.

Disability;
Sesuatu yang menghalang seseorang melakukan kerja atau tugas tertentu yang dapat dilakukan oleh individu normal

Impairment;
Ketidaknormalan dari aspek psikologi, fisiologi dan anatomi. Ia juga berkaitan
ketidaknormalan struktur atau fungsi dari segi psikologi, fisiologi dan anatomi.
Contohnya kekurangan dari aspek tuna pendengaran atau tuna penglihatan.

Pendidikan Khas adalah pengajaran yang direka bagi memenuhi keperluan
pendidikan murid seperti di atas dengan keperluan khas. Pendidikan ini dirancang secara tersendiri, dilaksanakan secara teratur serta dinilai keberkesanannya secara teliti bagi membantu murid sedemikian dengan keperluan khas mencapai tahap berdikari tinggi
dan kejayaan hidup memuaskan.
Kepentingan Pendidikan Khas bertujuan untuk mendidik dan membentuk murid melalui perkembangan mental, kestabilan emosi dan intergrasi sosial. Program ini dilaksanakan oleh guru-guru terlatih khas dan menggunakan kurikulum khas.

post by
zulkepli bin mohammad
group E
mat no 028648
sem III PPG UNISZA

Ahmad bin Ibrahim said...

Terima kasih semua kerana respon. Kesemua jawapan yg diberikan adalah betul. Rasa rasa tahap kefahaman saudara saudari ttg pendidikan khas amat membanggakan. Tanamkan minat dlm pendidikan khas ini.

Anonymous said...

Secara umumnya, kanak-kanak keperluan khas berbeza daripada kanak-kanak normal dari segi :
ciri-ciri mental (pencapaian akademik)
Keupayaan deria (melihat dan mendengar)
Keupayaan berkomunikasi (menulis dan bertutur)
Tingkah laku (mengawal diri)
Emosi (bercampur gaul)
Ciri-ciri fizikal (bergerak dan menjaga diri sendiri)
mohd zaidy kelas E

fauziah ali said...

Handicap ialah seseorang yang mengalami kecacatan fizikal yang boleh dilihat atau sesuatu kelemahan atau kekurangan yang menghalangnya dalam memenuhi peranan sebagai seorang yang normal.

Disablility ialah kekurangan yang menghadkan seseorang dari melakukan tugasan yang dilakukan oleh seseorang yang normal. Kurang upaya ini boleh dikesan dengan melakukan ujian-ujian tertentu.

Fauziah Ali
Group E

Unknown said...

Impairment (Kejejasan) : kerugian atau keabnormalan struktur psikologi, fisiologi, atau anatomi atau fungsi.

Disability (Hilang Upaya) : apa-apa sekatan atau kurang (akibat penjejasan) keupayaan untuk melaksanakan satu aktiviti dalam cara atau dalam julat yang dianggap normal untuk manusia.

Handicap: satu kekurangan bagi individu tertentu, yang terhasil dari kecacatan atau kurang upaya, yang menghadkan atau menghalang memenuhi peranan ini adalah perkara biasa (bergantung kepada umur, jantina, dan faktor-faktor sosial dan budaya) untuk individu itu.

Kecacatan dan kurang upaya mungkin sementara atau kekal, berbalik atau tak boleh balik, dan progresif atau regresif. Keadaan orang mendapati diri mereka dalam boleh menentukan apa ijazah kecacatan handicapping untuk mereka. Ia adalah jelas daripada takrif di atas bahawa kecacatan adalah hasil kedua-dua penjejasan dan keadaan persekitaran. Jika halangan alam sekitar diambil, orang yang masih akan terjejas, tetapi tidak semestinya cacat. Ia juga perlu diambil perhatian bahawa definisi kecacatan yang berbeza dari kecacatan tidak tanpa masalah, khususnya penggubalan "dianggap normal bagi seorang manusia", dan ramai orang kurang upaya tidak membezakan penggunaannya.

Keupayaan fungsi orang yang didiagnosis sebagai mempunyai kecacatan yang sama atau kurang upaya mungkin berbeza-beza secara meluas. Sebagai contoh, beberapa orang yang mengikut undang-undang buta mungkin boleh menggunakan perbezaan keamatan cahaya, manakala yang lain tidak dapat melihat perbezaan itu. Orang yang mempunyai kecacatan pendengaran yang klinikal yang serupa, seperti yang ditunjukkan pada audiograms, boleh menggunakan aspek maklumat akustik yang disediakan untuk mereka yang agak berbeza. Tahap kecacatan boleh berbeza-beza ketara dan mungkin khusus kepada situasi tertentu.

Dalam kajian kemerosotan nilai dan hilang upaya, perbezaan dalam tahap ditangani dengan hanya dengan cara yang sangat umum. Penekanan kepada ciri-ciri dan bukannya tipikal variasi. Walau bagaimanapun, apabila menilai keperluan variasi individu, yang boleh mempengaruhi kesan handicapping keadaan perlu diambil kira.

ENGKU FAZILAH TUAN JALAI
GROUP E

Unknown said...

1.Handicap
Sesuatu kelemahan yang terdapat pada seseorang akibat daripada sesuatu
kekurangan yang menghadkan atau menghalang dia memenuhi peranan
sebagai seorang yang normal. Sesuatu jenis kecatatan mungkin menjadimasalah dalam satu persekitaran yang berlainan. Contohnya seorang pelajar
pekak mungkin merasa cacat kerana sukar bermain alat muzik dalam
pancaragam sekolah dengan kanak-kanak biasa. Sebaliknya kanak-kanak yang
sama tidak merasa tercacat ketika dalam makmal sains.

2.Disability
Sesuatu yang menghalang seseorang melakukan kerja atau tugas tertentu yang
dapat dilakukan oleh individu normal

3.Impairment
Ketidaknormalan dari aspek psikologi, fisiologi dan anatomi. Ia juga berkaitan
ketidaknormalan struktur atau fungsi dari k segi psikologi, fisiologi dan anatomi.
Contohnya kekurangan dari aspek tuna pendengaran atau tuna penglihatan.

NORHAYATI BT MAMAT
028494
KUMP E

Anonymous said...

1. Handicap
Sesuatu kelemahan yang terdapat pada seseorang akibat daripada sesuatu kekurangan yang menghadkan atau menghalang dia memenuhi peranan sebagai seorang yang normal.

2. Disability
Sesuatu yang menghalang seseorang melakukan kerja atau tugas tertentu yang dapat dilakukan oleh individu normal.

3.Impairment
Ketidaknormalan dari aspek psikologi, fisiologi dan anatomi. Ia juga berkaitan ketidaknormalan struktur atau fungsi dari segi psikologi, fisiologi dan anatomi.

"Kanak-kanak berkeperluan khas" memerlukan pengubahsuaian kepada kurikulum dan kaedah mengajar supaya mereka dapat merealisasikan potensi mereka.

AZIMAH MAT ZAIN
GROUP E
028656

Anonymous said...

PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan khas adalah pengajaran yang direka bagi memenuhi keperluan pendidikan murid-murid dengan keperluan pendidikan khas. Pendidikan ini dirancang secara tersendiri, dilaksanakan secara teratur serta dinilai keberkesanannya secara teliti bagi membantu murid dengan keperluan khas mencapai tahap berdikari tinggi dan kejayaan hidup yang memuaskan.

Pendidikan khas bertujuan untuk mendidik dan membentuk murid melalui perkembangan mental, kestabilan emosi dan intergrasi sosial. Program ini dilaksanakan oleh guru-guru terlatih khas dan menggunakan kurikulum khas.

AZIMAH MAT ZAIN
GROUP E
028656

Unknown said...

Saya telah hantar Tugasan Pendidikan Khas Dipondok jaga ipgmkdri pada 11 julai. Harap dalam penerimaan tuan jua. Terima kasih.

ENGKU FAZILAH BT. TUAN JALAI.
710216-11-5410
GROUP E.
HP : 019-9489901

Anonymous said...

Handicap
Sesuatu kelemahan yang terdapat pada seseorang akibat daripada sesuatu kekurangan yang menghadkan atau menghalang dia memenuhi peranan sebagai seorang yang normal. Sesuatu jenis kecatatan mungkin menjadi masalah dalam satu persekitaran yang berlainan. Contohnya seorang pelajar
pekak mungkin merasa cacat kerana sukar bermain alat muzik dalam
pancaragam sekolah dengan kanak-kanak biasa. Sebaliknya kanak-kanak yang
sama tidak merasa tercacat ketika dalam makmal sains.

Disability
Sesuatu yang menghalang seseorang melakukan kerja atau tugas tertentu yang
dapat dilakukan oleh individu normal

Impairment
Ketidaknormalan dari aspek psikologi, fisiologi dan anatomi. Ia juga berkaitan
ketidaknormalan struktur atau fungsi dari k segi psikologi, fisiologi dan anatomi.
Contohnya kekurangan dari aspek tuna pendengaran atau tuna penglihatan.

RASIDAH MASTOR
710106105350
NO MATRIK: 028710
KUMPUILAN E

SHIDA said...

Kanak -kanak yang mengalami kecacatan seperti handicap, disability dan impairment adalah merupakan Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran.Mereka berupaya untuk menerima pendidikan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka secara menyeluruh. Hanya sekadar mereka kurang bertindakbalas kepada strategi pengajaran dan pembelajaran biasa. Oleh itu satu program khas perlu disediakan untuk memenuhi keperluan murid-murid ini mengambil kira aspek-aspek seperti masa, bahan, budaya, kelas, teknik mengajar, bantuan kepakaran dan penglibatan masyarakat.

MATLAMAT Kurikulum kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah bertujuan melengkapkan kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran dengan kemahiran-kemahiran yang tertentu bagi membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi satu ahli masyarakat yang berguna dan berdikari.

RASIDAH MASTOR
NO IC: 710106105350
NO MATRIK :028710
KUMP: E

zainah mat said...

“impairment”, “disability”, “handicap”.
Kecacatan fizikal adalah penyakit yang disebabkan oleh faktor genetik yang tidak normal atau prenatal, waktu kelahiran atau selepas kelahiran. Kecacatan fizikal terdiri daripada Muscular dystrophy dan Celebral palsi yang terdiri daripada spastic, atetosis dan ataksia. Ciri ini dapat dilihat dari aspek kecacatan fizikal, intelek (kognitif), kesihatan, tingkahlaku dan sosial. Pengubahsuaian tempat dan keadaan persekitaran kanak-kanak ini mampu mengoptimumkan kebolehan mereka. Rawatan dan pemulihan yang melibatkan ibu- bapa, guru dan individu itu sendiri sangat membantu meningkatkan keupayaan mereka dalam masyarakat.
Hilang Upaya pula merupakan sekatan atau kurang (akibat penjejasan) keupayaan untuk melaksanakan sesuatu aktiviti dalam yang dianggap normal bagi seorang manusia.
Kecacatan adalah merupakan kelemahan atau kekurangan pada diri individu tertentu yang menghadkan atau menghalang seseorang daripada melakukan perkara biasa.
Secara amnya, kecacatan fizikal merujuk kepada masalah dengan struktur atau organ tubuh yang hilang upaya adalah terhad kepada fungsi yang berkaitan dengan aktiviti tertentu, dan kecacatan merujuk kepada kelemahan dalam mengisi peranan dalam kehidupan berbanding rakan sebaya.
Pendidikan khas adalah pengajaran yang direka bagi memenuhi keperluan pendidikan murid-murid yang berkeperluan khas. Pendidikan ini dirancang secara tersendiri, dilaksanakan secara teratur serta dinilai keberkesanannya secara teliti bagi membantu murid dengan keperluan khas mencapai tahap berdikari tinggi dan kejayaan hidup yang memuaskan.
Nama: Zainah bt. Mat
I/C: 670112-11-5252
No. Matrik: 028671
Kump.: E

Anonymous said...

1. PENGENALAN KEPADAPENDIDIKAN KHAS Pendidikan khas adalah pengajaran yang direka bentuk untuk memenuhi keperluan istimewa kanak-kanak berpengetahuan khas. (hallahan & kaufman 2000) Pendidikan khas sebagai intervensi iaitu proses mencegah, menghapus @ menghapus halangan yang mungkin menyebabkan pelajar daripada penyertaan aktif dalam sekolah @ masyarakat.
• 2. Contoh pendidikan khas
• 3. Jenis pendidikan khas Handicap Disabilities Impairment
• 4. handicap Merujuk kepada sesuatu masalah yang dihadapi oleh seseorang kurang upaya apabila dia berinteraksi dengan alam sekelilingnya. Sesuatu jenis kecacatan yang mungkin menjadi masalah bagi seseorang untuk menjalankan aktiviti seharian. Contohnya, seorang pelajar yang terlibat dalam suatu kemalangan telah kehilangan sebelah tangannya & tidak mampu untuk melakukan aktiviti seperti pelajar normal. Cth: bermain hoki.
• 5. impairment ketidaknormalan dari segi anatomi, fisiologi dan deria. Kecederaan, sakit, atau keadaan bawaan yang menyebabkan kerugian atau perbezaan fungsi fizikal ataupun mental. Keadaan ini disebabkan oleh mengalami satu kemalangan yang mecerderakkan fungsi deria @ kecacatan sejak daripada lahir.
• 6. disabiliti Berlaku apabila sesuatu kekurangan menghadkan individu berkenaan melakukan tugas harian atau kerja tertentu seperti berjalan kaki melihat, mendengar, ataupun menyelesaikan masalah matematik yang mudah seperti cth 2 + 2. Individu kurang upaya tidak cacat kecuali kekurangan itu membawa masalah kpd masalah pembelajaran masalah peribadi, masalah bercampur gaul pekerjaan atau masalah – masalah lain. Cthnya, seseorang kanak – kanak yang lumpuh kedua kakinya tapi boleh pergi ke sekolah menggunakan kerusi roda dan belajar bersama pelajar yang tidak cacat.
• 7. Banding beza antara impairment, disabiliti,handicap. impairment Disabiliti handicap Definisi Merujuk kepada Individu kurang upaya Merujuk kepada sesuatu masalah yang tidak cacat kecuali sesuatu masalah dihadapi oleh kekurangan itu yang dihadapi oleh seseorang apabila membawa masalah seseorang kurang mempunyai masalah kepada kehidupan upaya apabila dia kecacatan deria peribadi,masalah berinteraksi dengan dengan pekerjaan dan alam sekelilingnya lain-lain (cacat (cacat fizikal) mentaliti) Faktor Berlaku akibat Berlaku apabila Berpunca daripada mengalami masalah berlaku sesuatu 2 masalah yang lain sejak lahir lagi atau kekurangan iaitu impairment kemalangan mengehadkan individu serta disability berkenaan melakukan tugas harian atau kerja tertentu contoh Seorang pelajar buta Tidak dapat bergerak Putus kaki sebab
• 8. Hubungkait antara FPK(FalsafahPendidikan Kebangsaan) denganFalsafah Pendidikan Khas Tuntasnya, FPK adalah untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh manakala PK pula menyediakan perkembangan optima kanak-kanak dengan keperluan khas dan kedua dua falsafah ini adalah bertujuan untuk melahirkan masyarakat dan rakyat yang seimbang dan produktif dalam pelbagai segi. Membantu kanak – kanak pendidikan khas mendapat keperluan dan peluang sama seperti kanak – kanak lain.
• 10.  Memperkembangkan lagi potensi yang terdapat dalam diri kanak – kanak berkeperluan khas seperti kebolehan dalam diri sendiri dan bermotivasi tinggi . Supaya kanak – kanak berkeperluan khas mempunyai kebolehan yang sama seperti pelajar normal.

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Pendidikan khas adalah pengajaran yang direka bentuk untuk memenuhi keperluan istimewa kanak-kanak berkeperluan khas..ianya adalah sebagai intervensi iaitu proses mencegah, menghapus halangan yang mungkin menyebabkan pelajar terhalang daripada penyertaan aktif dalam sekolah atau masyarakat.

Nor Raihan Mohd Yusoff
028486
Kumpulan E

Anonymous said...

Handicap merujuk kepada sesuatu masalah yang dihadapi oleh seseorang kurang upaya apabila dia berinteraksi dengan alam sekelilingnya.ia juga menjadi masalah baginya untuk menjalankan aktiviti seharian.Contohnya seorang pelajar yang terlibat dalam suatu kemalangan telah kehilangan sebelah tangannya dan tidak mampu untuk melakukan aktiviti seperti pelajar normal.

Disabiliti merujuk kepada sesuatu kekurangan yang menghadkan individu berkenaan melakukan tugas harian atau kerja tertentu seperti berjalan kaki melihat,mendengar ataupun menyelesaikan masalah matematik yang mudah.

Impairment pula adalah ketidaknormalan dari segi anatomi,fisiologi dan deria.

Nor Raihan Mohd Yusoff
028486
kumpulan E

Anonymous said...

'Handicap'ialah suatu kelemahan yang terdapat pada seseorang akibat daripada sesuatu kekurangan yang menghadkan atau menghalang dia daripada memenuhi perlakuan sebagai seorang yang normal.Sesuatu jenis kecacatan mungkin menjadi masalah dalam satu persekitaran yang berlainan.

'Disability' ialah sesuatu yang menghalang seseorang melakukan kerja atau tugas tertentu yang dapat dilakukan oleh individu normal.

'Impairment'ialah ketidaknormalan dari aspek psikologo,fisiologi,anatomi.Ia juga berkaitan ketidaknormalan struktur atau fungsi dari segi psikologi,fisiologi,dan anatomi.Contohnya kekurangan dari aspek tune pendengaran dan tune penglihatan.


(Bibi Rozida Che Sarif)
028546
kumpulan E

Anonymous said...

Handicap(kecacatan) adalah merujuk kepada sesuatu masalah atau penghalang yang dihadapi oleh seseorang kurang upaya apabila mereka berinteraksi dengan alam sekeliling. Ia adalah suatu jenis kecacatan yang mungkin menjadi masalah dalam suatu persekitaran yang berlainan.
Contohnya : Seorang pelajar yang pekak mungkin merasa kecacatan kerana sukar bermain alat muzik dalam pancaragam sekolah dengan kanak-kanak biasa. Sebaliknya kanak-kanak yang sama tidak merasa cacat semasa berada dalam bilik makmal sains.
Dari perspektif perubatan, kanak-kanak berkeperluan khas dilihat sebagai mengalami kecacatan atau terdiri daripada kanak-kanak kurang upaya. OLeh itu, pendekatan perubatan terhadap kanak-kanak ini adalah untuk memulih dan mengubati kecacatan yang dialami.
Contohnya usaha ke atas kanak-kanak pekak dilakukan untuk memulih pendengaran dan melatih mereka bertutur.

Hasliza bt. Hamzah(028492)
Kumpulan E

Anonymous said...

Handicap- Handicap boleh ditakrifkan sebagai suatu karakteristik atau ketidaksempurnaan dari sudut fizikal mahupun mental yang menghalang seseorang daripada menjalani aktiviti kehidupan secara berdikari.Menurut Organisasi Kesihatan Dunia,handicap adalah suatu kekurangan yang menganggu fungsi hidup termasuk dari perspektif sosial,budaya atau persekitaran.

Impairment - impairment boleh didefinisikan sebagai sebarang keabnormalan sebahagian atau kecacatan menyeluruh serta kehilangan fungsi bahagian tubuh,organ mahupun sistem.Ini mungkin disebabkan kecederaan atau pathology yang berlaku sera langsung mahupun tidak langsung dan ia mungkin dialami secara semntara ataupun secara kekal.Contohnya termasuk lemah tulang,kesakitan atau kehilangan tulang penghubung.

Disability - disability bermaksud suatu kecacatan terutama yang melibatkan fizikal ataupun mental yang menghalang atau membataskan pencapaian secara normal.

Fungsi atau tujuan sistem pendidikan khas diwujudkan sangat berkait rapat dengan ketiga-tiga permasalahan ini.Sistem pendidikan khas ditubuhkan sebagai satu inisiatif yang bijak dalam memberi kaedah pembelajaran yang sesuai kepada kanak-kanak yang menghadapi ketiga-tiga permasalahan di atas.Seperti yang kita tahu,goglongan kanak-kanak ini tidak mampu untuk menjalani rutin pembelajaran secara normal,mereka memerlukan teknik atau sistem pembelajaran yang sesuai untuk memahami dan berinteraksi.Jadi dengan adanya program-program,teknik,serta guru-guru yang terlatih dalam sistem pendidikan khas ini,dapat membantu kanak-kanak istimewa ini belajar dan menimba ilmu seperti kanak-kanak normal yang lain.

SITI NOORLAILA BINTI IBRAHIM

Anonymous said...


Handicap(kecacatan) adalah merujuk kepada sesuatu masalah atau penghalang yang dihadapi oleh seseorang kurang upaya apabila mereka berinteraksi dengan alam sekeliling. Ia adalah suatu jenis kecacatan yang mungkin menjadi masalah dalam suatu persekitaran yang berlainan.
Contohnya : Seorang pelajar yang pekak mungkin merasa kecacatan kerana sukar bermain alat muzik dalam pancaragam sekolah dengan kanak-kanak biasa. Sebaliknya kanak-kanak yang sama tidak merasa cacat semasa berada dalam bilik makmal sains.
Dari perspektif perubatan, kanak-kanak berkeperluan khas dilihat sebagai mengalami kecacatan atau terdiri daripada kanak-kanak kurang upaya. OLeh itu, pendekatan perubatan terhadap kanak-kanak ini adalah untuk memulih dan mengubati kecacatan yang dialami.
Contohnya usaha ke atas kanak-kanak pekak dilakukan untuk memulih pendengaran dan melatih mereka bertutur.

Disability. Ia berlaku apabila sesuatu kekurangan menghadkan individu berkenaan melakukan tugas harian atau kerja tertentu seperti berjalan kaki, melihat, mendengar atau pun menyelesaikan masalah matematik yang mudah. Individu kurang upaya tidak cacat kecuali kekurangan itu membawa kepada masalah pembelajaran, masalah peribadi, masalah bercampur gaul, masalah melakukan pekerjaan dan masalah lain.

Impairment. Ia adalah ketidaknormalan dari aspek psikologi, fisiologi dan atonomi. Ia juga berkaitan ketidaknormalan sruktur atau fungsi dari segi psikologi, fisiologi dan anatomi. Contohnya kekurangan dari aspek tune pendengaran atau tune penglihatan.


Hasliza bt. Hamzah(028492)
Kumpulan E