Tuesday 19 June 2012

Terbalik lagi...



Tulis terbalik. Persoalan yang banyak sekali diajukan. Bagaimanakah kita mengatasinya? Selalunya saya sentiasa memperingatkan pelajar saya supaya ubah sudut pandangan kita. Anggaplah kita berada di dalam situasi mereka. Fokuskan objektif yang hendak dicapai. Berfikir secara murid berfikir. Pandukan fikiran kita itu dengan ilmu yang dipelajari (ilmu-ilmu pendidikan). Kemudian amati apa yang hendak mereka capai. Barulah kita boleh tumpukan cara mengatasinya.


Hasil yang saya perolehi daripada pengalaman lalu, saya telah menggunapakai kaedah "Gantungan Huruf". Mula-mula saya akan kenal pasti huruf yang bermasalah (huruf terbalik). Kemudian saya akan menggunting kertas tebal (kertas kotak) mengikut bentuk huruf yang bermasalah dan mewarnakan huruf tersebut pada sebelah muka sahaja. Tinggalkan yang sebelah satu lagi (yang terbalik) dengan tidak berwarna. Selepas itu gantungkan dan letakkan di atas meja kanak-kanak yang bermasalah itu.


Kanak-kanak itu akan bermain-main dengan huruf yang tergantung itu dan kita perlu menegaskan bahawa muka yang tidak berwarna itu adalah terbalik. Manakala muka huruf yang berwarna adalah terbalik atau bentuk huruf yang betul. Sama-samalah kita mencuba....

Wednesday 13 June 2012

LABEL CACAT

Kita sebagai guru atau ibu bapa atau sesiapa sahaja jangan sekali-kali mengatakan atau melabelkan seseorang kanak-kanak yang kita rasa tidak sempurna atau ada kelainan sebagai kanak-kanak cacat atau terencat akal atau apa sahaja yang membawa maksud cacat. Orang yang berhak menentukan seseorang itu cacat atau tidak adalah doktor yang pakar di dalam bidang mereka.


Apabila kita ketemu kanak-kanak yang bercirikan kecacatan ini, hendaklah dipastikan dahulu adakah dia mempunyai rekod perubatan yang menyatakan mereka itu cacat. Sekiranya tiada, kita sebaiknya laporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Jabatan inilah yang akan bertanggung jawab sama ada hendak di bawa ke hospital atau tidak. Kita tidak ada hak untuk membawa mereka ke hospital selain daripada ibu bapa atau penjaga atau mendapat keizinan daripada meraka.

Thursday 7 June 2012

Handicap??? Disability??? Impairment??? Tolong sape sape terangkan dan apa kaitannya dengan Pendidikan Khas???